Usahawan Yang Tiada Masa ? PART 2

by Fety Ayu on February 6, 2010

in Perniagaan Internet,Umum

Post image for Usahawan Yang Tiada Masa ? PART 2

4-MELAKUKAN SESUATU TUGAS TANPA MEMBUAT PERANCANGAN.

Apabila sesuatu tugas dilaksanakan tanpa membuat perancangan yang teliti, ini juga merupakan salah satu faktor yang mencuri masa seseorang usahawan kerana usahawan tersebut tidak melaksanakan tugasan seperti yang dijadualkan. Perancangan dan penjadualan aktiviti mingguan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang masalah dan kemungkinan yang bakal berlaku.
5-TIDAK MENGIKUT JADUAL PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI.

Dalam erti kata lain seseorang usahawan yang melaksanakan tugasan tanpa merujuk dan mengikut jadual perancangan dan perlaksanaan aktiviti juga akan memberi impak kepada perjalanan perniagaan yang tidak sempurna.Apabila seseorang usahawan tidak mengikut perancangan, busahawan itu tidak dapat menangani setiap tugasan dengan baik, sebaliknya menyebabkan perlaksanaan tugasan tersebut dilakukan dengan tergesa-gesa. Ini mengakibatkan tiada kesempurnaan dalam melaksanakan tugas serta aktiviti berkenaan.


6-MEMBUAT SESUATU PERKARA PENTING PADA SAAT AKHIR.

Membuat perkara paling penting pada saat akhir juga merupakan faktor yang mencuri masa bagi seseorang usahawan. Selain daripada mencuri masa, membuat perkara penting pada saat akhir juga menyebabkan banyak kesilapan terjadi dan ini mengakibatkan usahawan tersebut terpaksa membuat pembetulan terhadap segala kesilapan.Kesilapan ini boleh mengakibatkan perniagaan kehilangan pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.

Sebagai usahawan adalah penting untuk kita mengenal pasti faktor-faktor sebenar mencuri masa. Ini kerana, setelah kita mengenal pasti faktor sebenar tersebut kita akan sedaya upaya menhindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti yang telah dibincang kan dalam post ini.Masa adalah sangat bernilai dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu.

Cuba bandingkan dengan diri anda.Anda kah faktor yang saya senaraikan di atas terjadi kepada anda?Dalam post yang berikutnya, saya akan terangkan bagaimanakah cara yang efektif dalam mengendalikan pengurusan masa yang baik dari sudut pandangan sistem pengurusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge