Laporan sebuah akhbar tempatan menyatakan bahawa Pengendali Blog/Forum perlu istihar perolehan online kepada LHDN. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dibawah seksyen 7 iaitu hasil pendapatan mereka melalui internet juga perlu dibayar cukai.
Semasa sesi “blogwalking” saya, kebanyakan blogger mengaitkan kenyataan pengendali blog redmmummy.com sebagai berkata :
“Blog saya pernah mencapai jumlah tertinggi kira-kira RM12,000 sebulan”
Pendapat saya, sebelum ini ramai lagi blogger lain yang telah menyatakan jumlah perdapatan yang mereka perolehi di internet.Kenyataan ini mereka lakukan di dalam majalah,surat khabar, malahan buku-buku yang ditulis oleh blogger itu sendiri. Jadi, bukan satu perkara baru blogger menyatakan pendapatan yang mereka perolehi melalui internet.
Pada saya, kebanyakan daripada penyataan ini dibuat untuk tujuan penjenamaan dan pemasaran. Ini akan meningkatkan jumlah pelanggan mereka dan ramai yang ingin mengetahui tentang produk dan servis yang ditawarkan. Mesti anda pun maklum dengan strategi ni kan. Jadi tidak adil untuk menyalahkan satu pihak dan menjadikan ia sebagai isu besar.
Menurut pemerhatian saya, tujuan kebanyakan penulis blog menulis blog bukan untuk mencari wang pada asalnya. Tapi lama kelamaan apabila blog semakin berkembang dan ramai pengunjungnya, maka timbullah cerita untuk mencari pendapatan sampingan. Itupun untuk menampung kos domain, penambahan server dan kos pengendalian lain. Jarang yang dapat banyak.
Melainkan blogger yang betul-betul menumpukan perhatian untuk mencari pendapatan di internet dengan “niche” yang tertentu.Ataupun mereka yang telah mempunyai produk dan servis sendiri tetapi memilih untuk “online” sebagai sebahagian strategi pemasarannya.
Tapi apa-apa pun, adalah menjadi sebahagian tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk membayar cukai menurut peruntukan undang-undang yang ada.Kalau tak nak bayar cukai pun, bayarlah zakat…hehehehe…..
Sumber
Berita Harian
FaceBook Jabatan Penerangan Malaysia








{ 20 comments… read them below or add one }
contoh yang aku ambil disini
adalah nuffnang.redmummy tu
dibayar oleh nuffnang atas populariti.
maaf jika terasa.cuma pandangan aku
sahaja.
kita ni tukang siarkan iklan
nuffnang.
Ali ridha recently posted..Cinta ada 3 jenis
Mintak maap Ali….Dalam blog ni takde iklan nuffnang….nak bagi loading time tu cepat skit ……hehehe….
blog aku dah buang iklan saiz besar…..takut lambang nanti blog.duit tu kemudian la dapat.
Ali ridha recently posted..Selamat Tahun Baru Cina 2011 dari Najib Razak
Yang penting dapat duit tue ….. hehehe…..
bayar saja la sebab dah kena cukai.
minta nanti Kerajaan naik taraf internet
jadi murah…
aku tak kena cukai…duit aku tak banyak pun.
cuma langsung tiada lagi.heee
Ali ridha recently posted..Cinta ada 3 jenis
Tunaikan lah kewajipan bila dah sampai waktunya…..kena jadi warganegara yang bertanggungjawab …..
yang meriban tu memang kena la bayar cukai kan. yang ciput ni tak yah kot, sebab ada range income dia untuk cukai ni kan. kan kan kan
Betol tue ….
Kenapa nak melatah.. bukan ke cukai itu dikira mengikut pendapatan. Kalau kecil pendapatannya.. maka kecillah cukainya, begitu juga sebaliknya. At least, sebagai blogger pun org akan nampak tanggungjawab sosial yg ada pada kita. Kalau dh asyik nak melenting, nanti org kata.. “betullah.. blog ni hanya untuk org yg kurang sabar dan kuat melenting”..
admin recently posted..Kenapa Komen Blog Kurang Bermutu
Memang tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk membayar cukai berpandukan peruntukan undang-undang yang ada. Barulah namanya warganegara yang menjalankan tanggungjawab sosial dengan baik.
pembetulan tu bro… Kalau kecil pendapatannya.. maka tak kena cukai langsunglah.. hahahaha… Nak dikenakan cukai pun ada had mula pendapatan dulu kan.!
Pepatah melayu kata,”Besar Periuk,Besar jugak keraknya”…Betul tak ?? hehehehe….
fuh!!!
itu andai income sampai beribu2..
kheheheee
mie recently posted..Alamak!! Page Rank Dah 3
Makin besar pendapatan, makin besarlah cukainya…hehehehe…
Sebab tuh kalau atlet Malaysia tak kira apa jenis sukan kalau tak perform saya marah sebab saya adalah pembayar cukai
akubiomed recently posted..Perkongsian antara Yahoo! dan Bing menaikkan kualiti trafik blog
Jangankan atlet sukan…Ahli Parlimen & ADUN yg tak perform pun kena marah…Sebab rakyat kat bawah ni yang bayar cukai….hehehe…..
cukup2 la cukai macam2.. blog jadi hobi pun nak cukai..
Izwan recently posted..7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT
Tu la pasal….lepas ni nak berblog pun kene ambik lesen agaknye…hehehe…
semua nak kena cukai…. aku bayar cukaila…hehe.. yang biasa2 nie LHDN tak cari kot.. biasa yang ribu riban nie… kalau dia suruh bayau… ah sudah…. bukan dapat banyak pun , berapa sangat lah… huhu
zik recently posted..10 pekerjaan yang tak elok buat paru-paru
Lepas ni kalau buat statement pasal income kt internet kena jaga2 laa….Karang tak pasal2 datang plak “lembaga” menjelma….hehehe….