New Design For DesignCun.com

by Fety Ayu on February 15, 2010

in Perniagaan Internet,Umum

Post image for New Design For DesignCun.com

Sebagai salah satu langkah penjenamaan semula produk saye, satu langkah untuk penambahbaikan pada website DesignCun.com akan dilakukan. Asalnya design service ini saya adalah pada EliteProDesign.com dimana ia menjadi platform bukan sahaja mereka yang hendak menempah website,minisite,ecover dan lain-lain dari luar negara tetapi juga dalam Malaysia sendiri.

Tapi oleh kerana tidak mahu mencampur adukkan tempahan-tempahan yang saya terima maka satu inisiatif telah dibuat iaitu dengan mengasingkan service ini kepada 2 bahagian yang mana dengan jelas DesignCun.com untuk orang di Malaysia sahaja.Oleh kerana itu juga website ini tidak akan menerima bayaran daripada PayPall dan 2checkout seperti yang saya lakukan sebelum ini.Pembayaran hanya akan saya terima melalui bank-bank utama di Malaysia.Ia juga sebagai satu cara membuktikan komitmen para pelanggan terhadap Malaysia.Harga nya juga dapat dikurangkan berganda-ganda kerana penerimaan Ringgit Malaysia(RM) tidak Dollar Amerika (USD) seperti kelazimannya.

Tidak seperti website sebelum ini yang menggunakan platform html,kali ini saya menggunakan integrasi wordpress sebagai platform untuk website DesignCun.com dibina.Kenapa wordpress?Kerana kemampuannya sebagai pengurus kandungan yang baik selain dari mesra enjin carian.Theme yang sesuai telah didapati. Yang tinggal kini hanya kerja-kerja dibelakang tabir pembikinan website ini.

So,nantikan selepas ini..Insyaallah saya akan update kan semua di blog ini dan twitter saye proses-proses pembikinan dan penambahbaikan website DesignCun.com secara beransur-ansur sehinggalah proses pelancarannya yang akan dilakukan sehingga diberitahu kelak.Trime kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

Ali ridha January 21, 2011 at 8:48 pm

boleh aku tempah tema
blog aku untuk masa
akan datang.

tema selain wordpress,
tema b2evolution,dotclear
dan blogspot boleh tak buat.

saja tanya jangan marah ye.
Ali ridha recently posted..Jika aku miliki kamu

Reply

Fety Ayu January 21, 2011 at 9:00 pm

Boleh bro …Insyaallah …Blog bro pun dah cun…Kemas dan tersusun..Saye minat ……hehehehe…..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge