Al-fatihah-Din Beramboi meninggal dunia.

by Fety Ayu on April 1, 2010

in Umum

Post image for Al-fatihah-Din Beramboi meninggal dunia.
Saya secara peribadi amat terasa kehilangan pelawak popular yang juga DJ Radio popular Din beramboi(Mior Ahmad Fuad Mior Badri).Selepas ini tidak lagi dapat mendengar celoteh dan usiknya lagi diriuh pagi ERA.Karya-karyanya juga akan menjadi satu epik dan kenangan yang sangat bermakna untuk peminat-peminatnya. Satu kehilangan besar buat negara.Semoga roh Allahyarham Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) ditempatkan dikalangan para solehin. AL FATIHAH ………

Sumber dari Utusan
02/04/2010 2:47am

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. ‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

CommentLuv badge