Al-fatihah.Takziah Untuk Keluarga Dato’ Azizan Yaakob

by Fety Ayu on March 2, 2011

in Umum

Dato Azizan Yaakob

Takziah saya ucapkan kepada seluruh kaum keluarga,sahabat handai dan mereka yang mengenali Allahyarham Dato’ Azizan Bin Yaakob. Beliau meninggal dunia akibat “stroke” pada 28 feb 2011.

Allahyarham Dato’ Azizan Bin Yaakob merupakan rakan sekelas saya ketika pengajian ijazah di Universiti Utara Malaysia(UUM).Beliau merupakan bekas ADUN Pulau Tawar, Pahang dari tahun 1995-1999, bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Saya sifatkan beliau sebagai “Very humble and down to earth person”.Beliau banyak berkongsi ilmu dalam perniagaan serta pengalaman dalam kehidupannya.

Seingat saya sewaktu di UUM beliau tidak pernah bercakap soal politik secara serius apatah lagi mengajak orang untuk mengikuti haluannya. Ini menyebabkan saya kurang peka yang dia seorang ahli politik.

Semangat dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu amatlah saya kagumi. Beliau pernah nyatakan kepada saya yang tujuannya belajar adalah semata-mata untuk menuntut ilmu. Bukan kerana yang lain. Ini merupakan satu nilai berharga yang tidak ada pada kebanyakan orang.Walaupun mempunyai diploma lanjutan dalam bidang perniagaan, beliau masih hendak teruskan dengan Sarjana Muda, tidak terus kepada “Master” seperti kebanyakan yang lain lakukan.

Beliau juga adalah penulis blog berunsur politik di melayuraya.blogspot.com dan suaramajlis.blogspot.com.

Sekali lagi saya ucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Azizan Bin Yaakob. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. Amin. Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 4 comments… read them below or add one }

Txla2 August 22, 2011 at 3:54 pm

kawan hang ke ni.
semoga ditempatkan bersama
orang beriman.
Txla2 recently posted..Apakah definisi kompetensi?

Reply

Fety Ayu October 19, 2011 at 11:03 pm

Al-Fatihah.

Reply

nurmisnan April 5, 2011 at 10:20 pm

hai fetyayu.. Alfatiha untuk sahabat kamu
semoga arwah ditempatkan bersama2
hamba Mukmin… Amin
nurmisnan recently posted..Lelaki ini minum air lopak

Reply

Fety Ayu April 5, 2011 at 11:26 pm

Amin…. Al-Fatihah …..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge